Tuesday, August 17, 2010

Pelamin Indah Raja Sehari

Ini adalah sebahagian gambar pelamin yang pada pandangan mata aku sangat la cantik, mungkin juga sama pada pandangan mata anda yang bakal bergelar raja sehari tak lama lagi. Tak kira lah anda inginkan yang sederhana atau mewah. Semuanya aku himpunkan di sini sebagai tatapan korang. Aku pun tak pasti siapa orang empunya pelamin2 ni, tapi aku hanya tunjukkan sebagai rujukan mereka yang ingin mengambil sedikit inspirasi untuk hari bahagia mereka, bukan untuk tujuan komersil ye. :)



Ni memang dah mode malas nak menaip kot. Huhuh..

Wednesday, July 28, 2010

Busana Perkahwinan Unik

Selalunya pengantin 'play safe' dalam memilih busana pengantin dengan memilih warna putih dan baju dengan kain lace dan sebagainya. Di sini aku nak kongsikan sedikit gambar busana pengantin yang agak berbeza dengan budaya Melayu. Lets Celebrate Love, Its Around the World!




Ini adalah busana pengantin Jogja. Baju pengantin perempuan tidak banyak bezanya dengan yang biasa digayakan pengantin perempuan di Malaysia. Cuma aksesori yang digunakan menampakkan sedikit kelainan. Tapi bagi aku memang cantik la baju ni. Kalau korang nak try pakai baju ni masa kahwin nanti boleh la. Hehe. 




Wedding gown with details. I love this! Details yang macam ni memang priceless, aku dapat dari website ni www.the-weddings.com, Turning Bridal Gown fantasy into Reality. Cayalah! Beshh... But sorry la, yang ni untuk perempuan je, yang lelaki biasala kan pakai tux.




Red wedding dress, do you dare to wear this? I think it's gorgeous and sexy. Cuba bermain dengan warna selain putih untuk menjadikan wedding korang agak unik berbanding yang lain. Try this!






 Wow! This is stunning! Look at the details and precision in each of the beads arrangement. I love saree since before but never had the opportunity to own one. Sari memang agak mahal lebih-lebih lagi kalau yang macam ni. Sari yang biasa pun at least RM100, yang aku survey setakat ni la, tak tau kalau ada yang lebih murah. Tapi boleh sewa kat butik-butik pengantin kan. Cuba la, maybe boleh guna untuk outdoor photography masa wedding korang nanti. Love it!





Gambar-Gambar Perkahwinan Artis

 Nasrizal Ngasri & wife

 Mawi & Ekin

Que Haidar & Linda Jasmin

 Ajai & Liza

Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari

 Adlin & Emelda



Sunday, June 27, 2010

Check out Pesona Pengantin special edition bulan July ini!

Aku suka betul tengok gambar depan majalah ni bulan ni. Walaupun aku bukanlah peminat Acha Septriasa, tp baju pengantin tu memang lawa sangat. Isi kandungan bulan ni memang best. Ade 1001 inspirasi busana pengantin, no wonder magz ni berat and tebal giler. Tapi yg membuatkan aku agak hampa ialah harga majalah ni kat Sarawak tersangatlah mahal. Lebih RM20 sedangkan harga di Semenanjung hanya RM15.90 je. Susah nak dapatkan majalah yg best2 bila pikir pasal budget. Huhu.
 
Bulan ni dorang wat front and back cover untuk majalah ni. Yang ni cover bahagian blakang.

Yang ni pulak front cover. Baju tu la. Cantik kan? I love the details. Sape ek designer baju ni. Jap2, nak cek jap. Haaa... Jovian. No wonder la. Memang cantik..

Wednesday, March 3, 2010

BUKAN AKU

Ku tahu kasihmu bukan untukku,
pada rindumu tiada wajahku,
sinar mata dan senyum manismu juga bukan kerna ku.
Sedangkan aku rindu hilai riangmu sebelum aku mampu tersenyum.
Namun sudah pasti di hatimu bukanlah aku,
indah tersimpan potret bahagiamu tanpa ada aku.

Kerna gusar aku pencela memori indahmu,
ku pinggirkan diri yang tiada makna dalam hidupmu.
Air mataku mengalir jika itu bisa buat kau tertawa.
Kau umpama syurgaku,
nadiku berirama bila hela nafasmu berlagu,
hatiku bicara hanya buat dirimu.

Sayangnya aku selalu tersedar sendiri
dari khayalan yang belum pasti benarnya.
Sedang hakikat luka dan kecewa itulah,
realiti yang memisahkan kau dan aku.

*** 
What do u think of this? Bunyinya macam stalker je kan?
But I think everyone pernah mengalami cinta sebegini, lebih suka memandang dari jauh tapi bukan  untuk komitmen. (But I doubt can it be said as love?) Sekadar mengagumi seorang insan yang nampak sempurna dimataku, tapi aku tau dia bukan untukku.

NukilaN CintA

Sajak-sajak ini aku hasilkan dalam tempoh 3 atau 4 tahun yang lalu. Dulu aku dikenali 'jiwang karat' kerana memiliki koleksi cerpen dan sajak yang aku karang sendiri untuk melakarkan pengalaman dan pemerhatian aku untuk dikongsi bersama insan lain. Kadang-kadang dalam proses aku menulis sajak atau cerpen itu, sekotak tisu terpaksa disediakan di sisi meja tulis ku untuk mendapat 'feeling' tu. Huhu. Hope u enjoy reading. Anyway, aku bukanlah penulis professional. Masih banyak yang perllu diperbaiki. Ada sajak-sajak lain yang hilang entah kemana kerana selalu berpindah-randah.


PERMATA SEPI

Terdudukku sendiri saat kisah memukul sesalan,
Darah yang mengalir sehaluan  sebati bersama;
Senafas, seirama denyutan nadi si ibu.
Biar nyawa jadi taruhan,
demi sekujur tubuh kecil yang belum melihat dunia,
dia tabah dan redha..
menunggu tangisan pertama yang pasti
diiring senyum bahagia insan yang bergelar ibu dan ayah.
Hadirnya permata ditatang kasih dicurah sayang,
Disemai harapan suci bukan untuk empunya diri.
Kerna itu rengusan dan luka
bisa disapa pujukan dan sabaar.
Anak, mengapa alpa dunia fana,
Sedang ibu sepi menagih janji.
Bukan emas galang ganti mutiara jernih ini,
sekadar belai dan kasih yang didamba
dari insan yang pernah berkongsi jiwa.


Sunday, February 28, 2010

GAmbar2 KEnduri

Aku bukanlah seorang yang suka mengambil gambar sendiri dan bukanlah seorang jurugambar professional. Di sini aku ingin kongsikan sedikit gambar kenduri kahwin yang aku hadiri di kampungku.


Acara bersilat menyambut pengantin. Ni adalah salah seorang pesilatnya. Pastu masuk lagi beberapa orang, seolah-olah tak akan berakhir acara ni. Lepas bersilat, si pesilat akan menjemput rakannya dari kalangan penonton pula. Aku tengok kedua mempelai pun dah berpeluh-peluh dek kepanasan. Tapi inilah salah satu acara yang merapatkan lagi silaturrahim orang kampung yang hadir. Memang meriah, seronok dengar makcik-makcik yang melatah bila ada aksi yang mengejutkan penonton. Hehe.


 


Aku sengaja fokuskan pada 'flower boy' ni. Baju dah smart dengan cermin mata hitamnya, tapi pakai selipar pulak. Hehe. Tetamu-tetamu yang hadir sedang menanti acara silat berkumpulan yang akan dipersembahkan oleh adik-adik comel yang sudah bersiap sedia di belakang.

Ada banyak lagi gambar tapi memandangkan agak memakan masa nak upload gambar-gambar ni jadi lain kali je la aku upload lagi. Anyway, lets celebrate love!